Notwithstanding the type of case, be it civil or criminal, conducting a trial is damn tiring and dried you up to the bone. Tambah menyeksakan bila melibatkan ekshibit yang banyak e.g. dokumen, sampel DNA, barang kes etc. Di dalam kes jenayah perdagangan contohnya mungkin melibatkan beratus-ratus dokumen dan perbicaraan mungkin akan mengambil masa bertahun-tahun untuk selesai.
Lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengendalikan perbicaraan seorang diri. Time tu memang macam sotong kurita sebab dalam masa menyoal saksi-saksi, time tu jugak la kena refer kepada dokumen-dokumen yang nak dirujuk kepada saksi dan kadangkala terpaksa minta penangguhan sebentar sebab nak cari dokumen yang entah terselit di celah mana.
Of course yang paling meletihkan dan memeningkan kepala otak bila terpaksa berhadapan dengan counsel yang cerewet dan tak lupa jugak hakim yang garang.
Tapi ada juga waktu-waktu humor bila mengendalikan perbicaraan ni yang selalunya tidak disengajakan dan kebanyakannya berkaitan saksi-saksi yang dipanggil memberi keterangan di Mahkamah. Antara lawak yang legendary yang selalu diturunkan ceritanya dari satu generasi ke satu generasi adalah lawak "Saya taruk sama awak" yang mana ianya adalah literal/direct transalation kepada "i put it to you (saya cadangkan kepada awak)".
Semalam juga gua telah mengalami saat humor didalam mahkamah semasa gua mengendalikan satu perbicaraan di peringkat pembelaan melibatkan pemalsuan dokumen dimana peguam telah menyoal saksinya berkenaan dua dokumen palsu yang telah dikemukakan sebagai bukti di Mahkamah. Saksi tu pulak adalah seorang makcik yang loghat utaranya memang pekat abis. Soalan yang ditanya adalah lebih kurang begini:
Q: Semasa Puan jumpa tertuduh ada Puan nampak dia bawa apa-apa dokumen
A: Tak dak
Q: Ada Puan nampak tertuduh bawa ekshibit P1
A: Tak dak
Q: Ada Puan nampak Tertuduh bawa ekshibit P2
A: Kalau dah satu tak nampak, macam mana nak nampak dua?
Memang jawapan makcik ni menusuk sampai ke kalbu! Betul jugak jawapan dia tu ek. Gua yang time tu tengah khusyuk salin nota keterangan pun hampir-hampir nak tersembur air liur menahan gelak.
Kalau nak diikutkan banyak lagi cerita-cerita kelakar yang berlaku dalam mahkamah dan kalau nak diceritakan sampai besok pun tak abis.
Ok, tu je untuk kali ni. Gua sebenarnya tengah tunggu member ambik pegi main futsal. Mano ntah dia tak sampai lagi.
Till then,
bye.
Minggu Berpoya-poya
3 days ago






-2009-front.jpg)
